Penyakit kemurungan atau juga dikenali sebagai depression, ini terbahagi kepada pelbagai jenis mengikut tahap dan kecenderungannya. Namun kemurungan yang paling lazim boleh dikenal pasti kepada tiga jenis utama, iaitu; Major Depression, Mild Depression, dan Manic Depressive.
Punca
- Sosialisasi keluarga - Faktor genetik - Kehilangan sesuatu yang amat disayangi - Penyakit yang berpanjangan - Apa-apa fenomena yang berlaku secara drastik dalam diri - Rasa rendah diri yang keterlaluan - Masalah yang terlalu berat sehingga dirasakan tidak mampu untuk dipikul
Tips Mengatasi Kemurungan
- Belajar menjadi tenang dan bersabar - Jangan terlalu high expectation sehingga sukar dicapai - Perancangan tugas agar teratur - Jangan terlalu mengharap diri sendiri - Elakkan bersendirian. Habiskan masa dengan orang tersayang - Libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfikiran positif - Setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnya secara objektif