Followers

Search This Blog

Tuesday, April 7, 2009

Lelaki minat bualan terus terang

Golongan lelaki lebih berminat melakukan perbualan yang berterus terang, bukan pendekatan yang mengarut ketika berbual dengan wanita, menurut satu kajian.

Sebuah akhbar semalam mendedahkan kajian itu melaporkan golongan lelaki lebih berterus terang ketika berbual seperti: "Bolehkah saya memberikan anda nombor telefon saya?"

Beberapa penyelidik dari Universiti Bucknell, Pennsylvania menyatakan golongan lelaki sukar untuk membaca isyarat walaupun diiringi dengan gerak-geri tubuh bahasa badan wanita. Kajian itu disiarkan dalam jurnal Personality and Individual Differences.

Penyelidik-penyelidik itu menemui 50 jawapan sama dan bertanya kepada 70 lelaki serta wanita berhubung bagaimana cara mereka menjalin hubungan. Dalam kajian itu, lelaki didapati menggunakan pendekatan berterus terang seperti mengundang wanita untuk pergi makan malam atau menonton filem di pawagam iaitu pelawaan paling banyak.

Bertukar nombor telefon menduduki tempat kedua diikuti dengan undangan yang berlapik seperti: "Adakah anda mempunyai rancangan selepas ini," dan "Apakah yang akan anda lakukan pada malam ini?"

Wanita turut mencatatkan bilangan tinggi berhubung penggunaan pendekatan secara berterus terang tetapi lebih menekankan barisan ayat yang dicipta untuk menyatakan minat bersama.

Seorang pakar psikologi, Dr. Joel Wade berkata: "Tarikh temu janji yang dinyatakan secara berterus terang seperti tarikh temu janji memberikan lelaki petunjuk jelas berbanding dengan menghantar isyarat bukan bahasa yang menyebabkan lelaki perlu membuat tafsiran."

No comments:

Post a Comment