Followers

Search This Blog

Tuesday, September 1, 2009

kuku

Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri,
memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan
keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti
ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.

Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking
sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah
kelingking.

Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau
atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari
sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.
Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat
kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru
pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa
makruh
memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.

Daripada Abu Hurairah
katanya yang maksudnya :

Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong
kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.

Rasulullah S.A.W Bersabda, Yang Bermaksud Barang
Siapa Yang Mengerat Kukunya Pada ;

SABTU :nescaya keluar dr tubuhnya ubat dan masuk penyakit.
AHAD: nescaya keluarkekayaan dan masuk kemiskinan.
ISNIN:nescaya keluar penyakit gila dan masuk sihat.
SELASA:nescaya keluar sihat dan masuk penyakit.
RABU:nescaya keluar was-was dan masuk kepapaan.
KHAMIS: nescaya keluar penyakit dan masuk penawar.
JUMAAT: nescaya keluar dosa dan masuk pahala..

No comments:

Post a Comment