Followers

Search This Blog

Wednesday, October 7, 2009

penempatan guru d bekukan??

Baru-baru ini, Timbalan Naib Canselor Akademik & AntarabangsaUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Zakaria Kasa mengeluarkan kenyataan dengan memaklumkan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia. Manakala penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.(Nasib baik beritahu dan memang patut diberitahu pun kerana itu hak mereka)


Itulah yang dikatakan sekarang, kuantiti melebihi kualiti. Itu yang jadi pada bakal guru pada hari ini, tangkap muat sahaja. Yang aniaya, anak-anak yang bersekolah. Lebih-lebih yang terkebelakang seperti anak-anak dari Sabah & Sarawak. Dahla…ketinggalan, dihantarnya pula guru-guru baru yang masih mentah dalam bidang pendidikan mengajar di sana. Erm…….

Masalah seperti terdapat graduan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah adalah merupakan masalah yang sinonim berlaku dalam skop perguruan pada hari ini dan juga apabila kementerian pendidikan berpecah menjadi kementerian pengajian tinggi dan kementerian pelajaran.

bite ni ak copy..hehe

cm na la nsib ku pas ni..huhuhu

2 comments:

  1. nape jdi cmni plak??penat balajar tiba2 nk bekukan sebab masalah kewangan kerajaan

    ReplyDelete