Followers

Search This Blog

Tuesday, November 17, 2009

mata ku masih bulat




nmpak nya dh 2 b'turut ari ak tdo lwt ni...
pas subuh bru timbul rsa ngtok..
myb ni sbb kesan time exam ari2..
so t'bwk2 la smpai skrg...

jab lg ak nk p anta kertas cadangan tajuk utk psm..
mntak2 tajuk ak 2 d tima la oleh panel..
wlaupun tajuk ak 2 x strong tp doa2 la x kna rejet...

myb jab lg gak nk pa anta fomat lptop ak ni..
huhu..
dh lembab sgt dh lptop ni..tp x pa warenti da lg..hehe
t'pksa la b'pisah sebentar dgn lptop ni..
huhu



Blog Advertising




cara mengenal barangan dari kulit babi

Blog Advertising


Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana sebenarnya termasuklah di kompleks beli-belah.

Antara cara untuk kenal pasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :

1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli je. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini:


2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.


3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.


4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.


rahsia tulisan

Blog Advertising




Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.

[Tulisan berubah-ubah]
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

[Kecondongan tulisan]
Tegak - Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

Condong ke kanan - Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri - Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

[Saiz tulisan]
Besar - Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Kecil - Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil - Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

[Bentuk tulisan]
Lebar - Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus - Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat - Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat - Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

Bersambung - Pemikirannya berdasarkan logik.

Bercerai cerai - Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

[Jarak tulisan]
Tulisan jauh - Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

Tulisan rapat - Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

[Ruangan di tepi]
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

Ruang muka surat sebelah kiri kecil - Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

Ruang muka surat kanan kecil - Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Penuh satu muka surat - Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya

Sunday, November 15, 2009

diner time











teknologi elektrik



esk merupakan last paper utk sem ni..
haha.. gumbira ati ni, x saba rsanya nk buang suma paper2 yg nyemak kt ats meja ak ni..
dh la meja ni kcek.
ni da hint ckit2 utk bdk2 clas:

1) hukum ohm
2)hukum ohm
3)hukum kirchoff
4)litar RLC(siri shj)
5) pembilang fasa
6) tranformer
7)motor

hint dh bg..so harap leh la jwb esk..
hehe..

gud luck utk suma..

Friday, November 13, 2009

Sarang Labah Labah Tertua Ditemui



Sarang halus labah-labah yang dibuat sekitar 140 juta tahun lalu telah ditemui terawet di dalam batu ambar.Sarang yang ditemui di Sussex, Inggris itu telah terawet ketika getah damar menggenanginya sebelum mengeras dan membatu. Dalam batu yang sama ditemukan juga sisa tanaman, kotoran serangga, dan mikroba purba.

Awetan getah damar yang menjadi batu amber seringkali memerangkap haiwan kecil seperti semut,labah2 dan lain2 serangga.

"Ini adalah sarang labah-labah paling tua yang pernah ditemui menurut catatan fosil kami," Ulas saintis Martin Brasier dari Universiti Oxford.


Brasier dan rakan-rakannya memanfaatkan teknik komputerisasi yang disebutconfocal microscopy untuk merekonstruksi kembali dan meneliti sarang tersebut beserta sampelnya. Beberapa hal, termasuk simpul yang disambung menggunakan cairan lengket, menunjukkan bahawa sarang tersebut dibuat oleh labah-labah yang berkerabat dengan labah-labah kebun moden

"Labah-labah ini juga meletakkan cairan lengket di sepanjang sarangnya untuk memerangkap mangsa mereka," kata Brasier. "Sisa-sisa cairan lengket itu juga ikut terawet dalam batu ambar.

Analisis mengenai sarang tersebut juga memberi petunjuk tentang makanan labah-labah. Saya kira, berdasar bentuk jaringnya, haiwan ini seangkatan dengan serangga terbang, seperti lalat dan nenek moyang lebah, tawon, serta kumbang," kata Brasier.

Pada Tahun 2006, para saintis telah menemui sarang labah-labah yang telah terawet di dalam batu ambar. Usianya diaggarkan sekitar 136 juta tahun. (lama tuh)..

Wednesday, November 11, 2009

bimbingan kaunseling


esk merupakan paper yg ke 5..
berasa epy + serabut..
yg epy nye sbb tngal 1 lg paper nk abeh..
yg serabut lak sbb xtau nk bca pa..
wlaupn dpt gak hint ckit2 dr ustaz husin tp ttap xtau nk bca pa sbb nye clas ak ni ustaz husin bg silibus lma, clas yg lg 1 lak lect dia bg silibus bru..
so kompius la ckit..huhu
dh la esk ni exm ptg..
dh kompom2 la ngatok time 2..
huhu...

k la..
nk p smbung belek2 kertas yg ak salin..bye2

Sunday, November 8, 2009

Saturday, November 7, 2009

tingal 3 paper lg...

nmpk nya 3 paper dh ak tempuhi..
tp suma nya cm x dpt wt je..
huhu..
xpa2...
msih da 3 lg paper..
so kna la stdy btol2...

cti ni kna pk kn nk isi pa kt borang pojek sarjana muda(psm)..
penyelia ak dh dptkn dh..
dh siap cop lg borang psm ak 2 wlaupun x isi pa2..
haha...

tp tajuk yg tn aji bg kt ak 2 cm ssh nk wt..
huhu..
ak nk wt tajuk gear ak 2, tp tn aji 2 cm x bpa nk stuju..
huhu..
ak pn tima la tjuk dia..
asalkn jnji tajuk ak 2 tima oleh fakulti..