Followers

Search This Blog

Tuesday, March 10, 2009

Azraai akur

KEDAH menerima kekalahan 1-3 kepada ACB Hanoi dari Vietnam dengan hati terbuka dan tidak kecewa dengan keputusan perlawanan yang berlangsung di Vietnam, semalam.

Menurut ketua jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah, keputusan perlawanan tidak mencerminkan kerancakan permainan apabila lawan mendahului tiga jaringan selepas tiga cubaan oleh penyerang pasukannya terkena palang.

“Kami memang kurang bernasib baik kerana cubaan penyerang pada separuh masa pertama gagal menghasilkan jaringan apabila palang gol lawan menjadi penghalang.

“Jaringan lawan juga adalah gol berpunca daripda kesilapan yang tidak disengajakan barisan pertahanan dan lawan mempunyai kelebihan apabila memiliki tiga pemain import.


“Pemain membuktikan kemampuan mereka untuk menandingi keupayaan lawan apabila memastikan tiada jaringan pada separuh masa pertama tetapi kesilapan di atas padang yang basah menghadiahkan tiga gol kepada ACB Hanoi,” kata Azraai.

Katanya, gol Badrul Bakthiar m-85 sudah terlewat untuk bangkit menyamakan kedudukan tetapi keseluruhan corak permainan Kedah membanggakan serta memuaskan hatinya.


kira ok la 2... ni bru peringkat kump..

da byk lg p'lawanan...

PULUN KEDAH PULUN

No comments:

Post a Comment