Followers

Search This Blog

Monday, January 25, 2010

Robinho ingin tinggalkan City, kembali ke Santos


SAO PAULO 25 Jan. - Penyerang Brazil, Robinho menyatakan dia akan meninggalkan Manchester City.

Robinho memberitahu stesen radio Brazil, dia telah dimaklumkan oleh pengarah-pengarah City bahawa perlawanan Piala FA lewat pagi tadi menentang Scunthorpe bakal menjadi penampilan terakhirnya bersama kelab terkaya tersebut.

Dalam satu temu bual dengan Radio Bandeirantes, penyerang sensasi itu berkata, dia tidak bermain dengan baik ketika bersama City.

Dalam pada itu, dia turut merungut mengenai jurulatih baru, Roberto Mancini yang sering menghalangnya bermain secara tetap.

Robinho turut menyatakan keinginannya untuk bermain semula dengan kelab lamanya di Brazil, Santos. -AP

No comments:

Post a Comment