Followers

Search This Blog

Saturday, April 24, 2010

Jangan denda lari keliling padang


KUALA LUMPUR - Persatuan Fisioterapi Malaysia (MPA) mahu hukuman berlari mengelilingi padang yang dikenakan ke atas murid sekolah rendah kerana kesalahan tertentu ditukar kepada hukuman lain kerana hukuman itu dibimbangi boleh mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan dalaman.

Presidennya, Dr. Balwant Singh Bains berkata, kanak-kanak tidak digalakkan untuk berlari anak kerana kira-kira 80 peratus daripada tubuh badan mereka mudah terdedah kepada kecederaan.

"Tidak semua orang dilahirkan mampu berlari pada jarak jauh dan berlari tanpa pemeriksaan betul boleh menimbulkan masalah pada otot, ligamen dan tendon.

"Untuk hukuman di sekolah- sekolah, kita lihat pelajar-pelajar diminta untuk berlari mengelilingi padang dua atau tiga pusingan, jadi saya berharap Kementerian Pelajaran khususnya para guru patut mencari hukuman yang lain," kata Balwant.

2 comments:

  1. huhuhuhu....
    dlu sy slalu je kena cmnih.
    waaaaaaaaaaaa..
    npe dlu2 xde rules nih?
    hahahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha..

    dlu2 ok je. xde plak dak2 yg kena kecederaan dalaman.

    masa skolah rendah dlu aku slalu kena ape. ok je skrg ni.siap leh jd atlit skolah plak tu. hahaha

    leh je hukuman tu d teruskan, dpd berlari, suh dak2 jalan kaki keliling pdg. ok gak kan?

    ReplyDelete