Followers

Search This Blog

Thursday, May 6, 2010

Kurang tidur pendek umur


LONDON: Penyelidik berkata, seseorang yang tidur kurang enam jam setiap malam 12 peratus lebih berpotensi besar mati lebih awal.

Bagaimanapun, dalam kajian sama, mereka juga menemui kaitan tempoh tidur lebih sembilan jam sehari dengan kadar kematian awal.

Ketua penyelidik di Universiti Warwick, Francesco Cappuccio, berkata seseorang yang tidur sedikit akan mengalami diabetes, kegemukan, tekanan melampau dan kadar kolesterol berlebihan.

“Kami berpendapat kekurangan tidur dan penyakit mempunyai kaitan kerana mekanisme hormon dan metabolisme,” katanya dalam laporan disiarkan jurnal Sleep.
Kajian dilakukan di Naples, Itali, membabitkan penyelidikan selama berdekad-dekad di seluruh dunia membabitkan 1.3 juta orang.

Kata Cappuccio, pihaknya yakin tempoh tidur seseorang membabitkan isu kesihatan awam dan perlu dianggap sebagai risiko oleh doktor. - AFP

19 comments:

  1. hahaha~ pasneh de laa alasan na tito lme2
    hehe :))

    ReplyDelete
  2. lepas neh xmau tido lewat2 dah,
    stay up pun xnak dah..

    hehehe,

    ReplyDelete
  3. wh dh la aku ssh nak tido..
    then kalo dh tido mmg berjam2..
    risau plak...
    nak kne ubah skit ni..
    xbley jd..
    aku x cukup amal lg ni..

    ReplyDelete
  4. hahahahaa...bahaya nih! aidi selalu jarang sangat tido. angkara facebook la nih.

    ReplyDelete
  5. warghhh..
    tido skit pn bole gmok ek..
    adeyyy...kite tido byk ni...:)hehehe...

    ReplyDelete
  6. tido awal la mlm ni.. kol 9malam.. hehhee

    ReplyDelete
  7. huhu...abisla aku pndek umur..huhuhu

    ReplyDelete
  8. nasib krole manyak tdo...heheheh...

    ReplyDelete
  9. lebih tak bole..kurang pun tak bole...kene cukup2

    ReplyDelete
  10. erk? sering tdo lambat ouh. mmg ssh giler nak tdo. T_T pasnie nak praktis tdo awal & cukup2 larh. huhu.

    ReplyDelete
  11. nampaknye nana pendek umur la, sejam ke 4 jam jew tdo sehari..huhuhu~

    ReplyDelete
  12. pernah dengar fact nie, sbab tu lah saya selalu tidur banyak2 ;D

    ReplyDelete
  13. okkkkk...jom tdo


    http://abcmilo.blogspot.com/2010/05/t-do.html

    ReplyDelete
  14. tapi kalu terlebih tido camna laks? hehehe

    jemput2 dtg blog saye..

    ReplyDelete
  15. kurang tidur tak best.terlebih tidur tak best.tidur cukup.best.(doa tidur.)zzz.

    ReplyDelete
  16. Owh, kalau terlebih tdo lak apa kesan die? hehe

    ReplyDelete