Followers

Search This Blog

Sunday, February 14, 2010

Chamakh sarung jersi The Gunners

Bintang Bordeaux, Marouane Chamakh bakal menyarung jersi skuad Arsenal, musim panas ini selepas menyuarakan persetujuan untuk mengikat kontrak empat tahun bernilai £10.4 juta (RM55.1 juta).

Pemain yang bebas daripada ikatan dengan kelab Bordeaux dari Perancis itu sebelum ini menolak tawaran lumayan daripada Liverpool, sebaliknya memilih komitmen baru untuk membantu Arsenal.


Pemain berasal dari Maghribi itu difahamkan bakal menerima gaji £50,000 (RM265, 000) seminggu ketika pengurus pasukan, Arsene Wenger mempercayai dia bakal menjadi 'Emmanuel Adebayor yang baru' di Emirates.

Terdahulu, bos Arsenal itu sudah meningkatkan bidaan untuk mendapatkan penyerang itu sekalipun pelbagai publisiti mengatakan dia sudah tidak berminat dengan Chamakh.

Namun, pemain antarabangsa dengan ketinggian 1.89 meter itu ghairah untuk beraksi bersama Wenger dan keputusannya itu pasti memberi kesan kepada pengendali bermasalah Liverpool, Rafael Benitez.

Chamakh dilabel antara penyerang terbaik dalam kancah Liga Perancis dan menjadi muka penting dalam skuad bimbingan Laurent Blanc yang menjuarai Ligue 1, musim lalu.

Arsenal cuba menarik pemain ini pada perpindahan musim panas lalu dengan jumlah £6 juta (RM31.8 juta) namun Bordeaux mahukan jumlah sekali ganda menyebabkan perbincangan itu tertangguh. – Agensi

1 comment:

  1. wah, pemain yang hebat bisa dijual dengan harga beriban.. ish3

    ReplyDelete